RSS

Welcome readers :)

forget yesterday, live for today, tomorrow will take care of its self

Pages

31 December 2010

Yang Terakhir Bagiku ...

Selamat Tinggal Dunia Blog . Sobsobsob .

Assalamualaikum kepada semua pembaca and yang dah ikut blog yang entah pape ni . Saya(lebih formal hehe) , Anis Syafiqah Binti Sahdon pemilik tunggal blog ni ingin mengundur diri buat sementara waktu . Terlebih dahulu saya nak ucapkan thanks banyak2 kat you all yang dah jadi my follower . THANKS AGAIN ! *nak menangis rasa . huhu . Kepada yang dah support i untuk buat blog ni ,Cik Amiera  kalau takde kau beb aku takda nya nak berkecimpung dalam arena ni . cewah :)

Pengunduran diri buat sementara ni adalah disebabkan beberapa faktor yang akan menentukan masa depan saya . Kepada you all , saya nak mintak satu je jasa baik you all untuk mendoakan saya berjaya dengan cemerlang dalam sebuah peperiksaan yang bagi saya teramatlah penting . sobsobsob . Tacing maa ! HAHA

Saya akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ni . Hey hey ! saya baru 17 tahun laa pada 15 Mac 2011 . What ??!!! ya laa , baru 17 maa . ta lah tipu punya . Ni adalah yang benar dari benar-benar belaka . Saya baru berusia 17 tahun ye akak-akak and abang-abang yang kebanyakkan nya ikut blog saya ni . hehe . Adik di sini . CHOP! adik ke ? Saya di sini ingin menyusun beberapa puluh jari yang ada termasuk jari kaki(buat loyar buruq naa,hehe) memohon maaf la kan jika disepanjang penglibatan saya dalam dunia blogging ni ada mengecilkan hati kalian semua .

(BETUL-BETUL MACAM KARANGAN NI ! HAHA) 

Maybe for this year , tak da lagi entry-entry mengenai kehidupan saya sebagai seorang manusia dibumi ciptaanNYA . Saya akan lebih fokus dengan study , kelas tambahan , segala ceramah dan motivasi di sekolah . Haha , i'm only students at school . OMG ! Kalau sempat and memang masa tu saya teramatlah free and mendapat sedikit ketenangan saya akan buat BW di blog-blog you all semua . For sure saya akan rindu and teramatlah rindu dengan coretan korang semua . 


InsyaAllah bila semuanya sudah selesai , saya akan mulakan berblogging semula . Mungkin dengan wajah yang baru .Pada usia yang lebih matang , mungkin 18++ . Hehe. Itu semuanya pada masa hadapan . Kita hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segalanya . Tak gitu ? hehe

Sekali lagi , sebelum saya mulakan hidup biasa sebagai seorang pelajar sekolah saya dengan rasa rendah hati dan rendah diri yang dah sememang nya rendah . Ingin memohon you all semua mendoakan kejayaan saya serta rakan yang lain , kerana ia menentukan masa depan kami :) Terlebih dahulu , saya ucapkan bermillion-million ucapan terima kasih (huh ! hiper betul) 

**************************** YANG TERAKHIR BAGIKU :)****************************
*tatapan akhir 2010* :)

*byebye semua , i will me all ofyou* ;)

p/s : Terima kasih semua ! Wish me Luck ! Doa kalian yang akan mengiringi pemergianku untuk berjuang :) ceewaah !

27 December 2010

Kita Hanya Mampu Merancang , Tuhan Yang Menentukan :)

wassup wassup . *mood rock* yeah ! ha , nak story morry dengan you all ni . Baca tau jangan tak baca *sangat gedik* haha . Do i care ? okay , SERIUS ! Let's rocking !! 

Sebagai anak kepada bapa yang bergelar guru ni . Aku selalu berjalan time tengah cuticuti macam ni . Last 2 years laa , abah aku start join trip yang member beliau buat . Cikgu M . yess ! (secret!) You all know kan , cikgu punya cuti ni sama je cuti nya dengan pelajar-pelajar sekolah . So , ini amat seronok bagi aku sebagai anak kepada bapa yang bergelar guru . yehh ! BABY I LIKE IT !! *ohh , sangat bangga* So , kepada mereka-mereka yang bergelar guru diluar sana . Pekerjaan sebagai guru ni sangat mulia disamping dapat cuti yang banyak *ohh aku macam tak minat* 

Then , last two years kami sekeluarga ikot trip ke CAMERON HIGHLANDS . Just naik kereta masing-masing sebab banyak risiko kot kalau kitorang semua naik bas . Takde rase confident nak mendaki ke CH tu dengan menaiki bas . So , decision yang my abah and his friends buat just naik kereta . BEST ! First time datang sana , ingat sejuk dia just macam kat peti ais but it was not ! haha Noob nye aku . Best laa , dapat rasa makan stawbery and bermacam lagi berry kecuali blakberry . hee :) Trip tu tak silap aku , aku baru 14 . OH ! muda sebab tu noob . 
*cameroon* 
*pic google, YUMMY*

A few weeks later , keluar kat paper  ada excident dekat Cameron Highlands , sebuah bas dan (oh tak ingat) . Aku kaget ! Alhamdulilah , Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami semua :')

Last years pulak kitorang pergi LANGKAWI ISLAND . yeahh ! Memang excited giler kentang punya la wa cakap der . First time pergi "ISLAND" kan , haha . Then , masing-masing buat muka terkejut kucing sambil memucatkan diri bila dengar abah cakap naik FERRY ! ok , ferry ! Semua dah dok terbayang dah macam mana ferry tu , nanti karam tak , lama ke kat dalam ferry tu and so on . Pelbagai soalan yang menerjah otak abah untuk berfikir . Hehe . Semua gelabah . 

Then , bila tiba masa nya tu . Masuk lah kami dalam ferry tu untuk pergi ke Pulau Langkawi yang telah disumpah oleh si Mahsuri yang cantik jelita tujuh keturunan . Dapat seat paling depan , suasana didalam tu agak sunyi sikit sebabb masing-masing tengah mengawal otak untuk seimbangkan diri dalam tu . Aku amek port tepi tingkap . Konon nak tengok view laa sepanjang perjalanan tu . Masa OTW tu , mula la bau yang tidak di ingini msuk ke rongga pernafasan ku . SHEETT ! bau minyak ! ohhh , sangat la menusuk dan macam nak termuntah . HAHA . Kuat sangat . Pening , soo aku pon senyap tanpa sepatah kata . Muka Pucat ! First time la katakan . So , masa nak balik semula tu dah ok sikit la . Takde pening2 da *bajet bagus* :)
*poyo nya aku*

After a few weeks kot , ta berapa ingat . Ada keluar dekat berita tentang ferry karam . YA ALLAH ! bersyukur sangat time tu bukan kami yang pergi *ALLAH MASIH SAYANG HAMBANYA* 

This year , kami pergi PANGKOR ISLAND pulak . Dari jeti Lumut tu nak ke Pangkor tak lah mengambil masa yang lama . About 20 to 30 minutes kot kalau tak silap . (tak kira pon) Sekali lagi naik FERRY , kali ni ferry dia punya service ok , aircond cukup kuat , ada movie ditayangkan means cerita , bau minyak takdak ! yehhh . Baru feelins sikit dok dalam ferry . Nak tengok pemandangan keliling laut pon takde masalah . kan kan ? Masa balik , my brother ajak pergi duduk kat luar . Then , pergi la usya suasana kat luar tu . OH ! bagi aku sangat tak best sebab sebab , bising ! bunyi engine laa . Angin dia memang ori punya . Kuat ! Malas aku nak dok luar , aku masuk dalam balik . Masa tu orang-orang dah start masuk untuk duduk . Aku concur 3 seat , which is untuk my abah and my bro (padahal nak letak barang) uhh , jahatnya awak !! Do i care ?! Kat dalam aircond memang tahap dewa punya sejuk . Orang sebela aku dah ambik shawl dia buat selimut . Aku ? ohh, redha je :(
*masa pergi*

*ni lah family yang selalu join*

After beberapa minggu dah balik ni , haa ! Terdengar lagi berita pasal ferry karam . Yang kali ni kat Pulau Sibu , Mersing , Johor . Kat johor tu , fuhhhh ! gentar . Nasib baik tak plan pergi situ . huhu . Ya Allah , banyak sungguh tragedi yang meragut nyawa terhadap penumpang ferry ni . 

*untuk keluarga yang ada relatives terlibat dalam kejadian ferry karam di Mersing ni , saya harap anda semua bersabar . Ini kerja tuhan . * 

***********************************************************************************
p/s : Alhamdulilah , Tuhan masih bagi peluang untuk kami menikmati keindahan ciptaanNYA :)

26 December 2010

Cermin dan Perempuan

Selamat malam semua ! anda kini sedang membaca blog BHC ! (nada sprt pengacara ) haha . Okay , aku ni dilahirkan sebagai seorang budak perempuan or lagi matured sikit WANITA . huhu . So , ada satu tabiat ni yang aku rase kaum-kaum hawa suke untuk melakukannye . Betul tak sygs ??! *kaum hawa SAHAJA ! yess .. hehe And tabiat itu adalah.................................... JENG JENG JENG !

 SUKE MENGAMBIL GAMBAR DIHADAPAN CERMIN!!!!!
*bukan rekaan*


yee , memang tidak dinafikan perempuan sangat suke ambil gambar depan cermin . Hee , ada rasional jugak kiteorang(kaum wanita) suke ambil gambar dekat depan cermin ni . Contoh , kite tak perlu gune khidmat orang ke3 or yang profesional untuk capture gambar kite . Just adjust by hand sendiri dah boleh hasilkan gambar yang menarik bg aku laa . tak gitu ? hehe

Ia bukan sahaja mudah , juga tidak buang masa dari suruh orang amikkan . Nampak nice jer , just CLICK ! keeeeceekikkk ! *effect bunyi flash XD dan dan , terhasilah gambar yang menarik . huhu .

Aku ingatkan member2 seangkatan aku je yang suke amik gambar depan cermin ni , especially dekat toilet . HAHA . Bukan sembarangan toilte ea , toilet tu mesti bersih . yang masuk kene bayar at least 30sen . haaa , mahal kan ?! ahah . duh ! 

oke , mase aku tengah beronggeng dengan member aku kat CS tu , aku asyik keluar masuk toilet kan , seperti mana yang aku ceritakan dekat entry yang lepas . Korang dah baca belum ? grrr . kalau belum , click sini kuatkuat ! Sejuk sgt la dalam cinema tu . serius ! then , aku lari lajulaju pegy masuk toilet tu dan termanggu seketika tatkala ade trip perempuan ni tengah dok posing depan cermin and snap by using CANON DSLR !

Ta nak terkejut pulak , itulah first time aku nampak orang amik gambar dlm toilet gune camera yang superduper cangih and harganya kalau rosak kene air berratus-ratus koet nak ganti . kan kan ? haha , lantak laa , aku mana tawu . aku kalau amik gambar je gune camera samsung yang biasa-biasa je . kalau baling campak laut pon jadik terumbu karang (tipu!)

But , cantik la mereka tu . soo , nampak nice la diorang posing . Aku yang nak pose kat situ pon terus segan dengan kecangihan camera mereka nak dibandingkan dengan camera aku ni yang beli satu percuma satu ni . haha . Memang perempuan tak boleh lekang or miss sikit pon kalau nampak cermin . Nafsu dia nak berposing tu , macam tengah dihidangkan Big Apple yang berwarna-warni tu . fuhh , wajib pose ! kalau tak pose tu rase macam satu kerugian ! ye tak ? 

So , jom kite tengok keghairahan[tak ghairah sgt pon] perempuan dicermin (PEACE NO WAR)
*gambar disini bukan rekaan semata-mata , ianya benar dari yang benar-benar belaka :)

cik emma ! see , cermin sisi pon jadik !
dalam kedai pon boleh ! yang penting ada cermin (peace)

*last day skola , hambooi*

haaii , sian ! kawankawan aku jadik mangsa . hee . Peace dear :) Portport biasa tempat nak amik gambar ni korang tawu kan . hee . list down kan la kalau sudi :P

***********************************************************************************
p/s : jangan sampai kene sound pulak dengan cleaner tu nnty . hehe *dah pernah :P

25 December 2010

WHAT ARE YOU DOING !

Semasa menulis entry ni aku tengah geram , geli dan jijik semua bercampur baur dalam kotak fikiran aku . *cehwahh Aku nak luahkan perasaan aku sekarang !! (aniss.. cooll oke , tarik nafas , tahan ... hembuss..) fuhhhhh ... Alhamdulilah lege :)

Okay okay , aku sejak balik dari beronggeng tu dok terpikir apa yang diperkatakan oleh kawan aku ni semasa aku kami sedang berbual di McD ;

emma : woi ! korang tengok cerita ape tadi ?
geyp(cik miera)+aku : AKU MASIH DARA ! HAHA 
emma : pesal korang tengok citer tu ? bla bla bla ...
geyp : aku geli betul la ! bab yang ada private party tu .. 
emma : betulbetul ! tak senonoh en , aku paling tak boleh bla masa yang dia tunjuk pad tu ! giler ta senonoh
aku : betul wey ! aku sebagai seorang wanita rasa segan kot 
geyp : hahah , korang nak tawu ta ? masa ada beberapa adegan yang 18sx tu , budak belakang seat aku main pelukpeluk ! erat wey ! 
aku : woi ! asal kau tak cakap dengan aku ?! boleh aku sergah sekali "KORANG BUAT APE HAA?!"
kami : hahahahhahaha *menimbulkan kekecohan dengan gelak tawa yang  cumil !
abg yusuf ! XD

haa , ni lah situasi yang aku tak berapa nak faham ye buat masa sekarang . Aku tawu la kat dalam cinema tu sejuk dye memang gila gaban tahap dewa punya . kalau ye pon sejuk tak payah la nak berpeluk segala dengan pakwe tu .. HARAM laa . takde separuh haram . haram tetap haram . FAHAM ?! *dialog dlm AMD ea .. tiru . hehe Aku pon sejuk , relax je . Lain kali kalau dah tawu sejuk kan , ape kate bawak selimut ke kan ? nak lagi hangat bawak comfort . haa , kan senang ! 

Nak tawu tak ? yang tengok dalam movie tu bukan umur2 pangkat kite je . budak kecik even orang tua pon ade . Haa , ade seorang uncle and untie tu dok tengok cerita ni , tade pon pelukpeluk erat bagai ! steady je . Haa , diorang lagi halal nak buat apeape kan ? HEHE . 

Aku rasa kan , bende ni memang dah trend laa . Port dalam cinema paling best untuk buat semua adegan yang macam korang tengah tengok filem tu . Masa aku tengok LBS pon sama . haa itu jangan cakap laa. . kissmebiteme pon ade kot . Yelaa , gelap+sejuk tambah2 tengok cerita LBS memang plusplus la setan dok goda mereka tu . hmm *sigh*

Aku bukan ape , rasa stress laa . Ikotkan hati dan nafsuserkah aku ni . nak je jerit WHAT ARE YOU DOING haaa ??!!!!!!!!!!!!! fuhhhh .. rasa lege kot dapat jerit macam tu kan diorang . Macam lege baru lepas tahan kentut . HAHA . Aku takot yang budak budak kecik datang tengok dengan family diorang TERTENGOK ADEGAN lain kat dalam cinema tu . kan bagi impak yang negatif kat diorang . Tak gitu ? 
KOrang BUAT APE ??!!!!!

Soo , aku rasa tak perlu laa . Yela , aku bukan ustazah ke ape ke yang boleh sound diorang tu direct kan . Kalau nak buat tu , ringanringan jela . (aku TAK GALAKKAN LAA!! ) means , pegang-pegang tangan cukup . Yelaa , dah tak tahan sangat sejuk , nak haba la konon ! ngeee . MENCI !

**********************************************************************************
p/s : bende ni memang normal kan ? entah laaa -.-

Dating ;)

Hello ! waahh , dah lme kot tak update BHC ni . haisshh , bukan ape . cuma buntu and takde idea . Almaklum laa , dah nak naik sekolah sibuk dengan macam2 bende kan . betul ta ? *ohh , whatever . 

And hari khamis hari tu , aku pergi dan beronggeng2(bukan bertongeng) dengan tersayang *my frieds oke . hee :)Lama jugak kot . Dr pukul 11pg until 8mlm . ohhh dammm . Pergi berdua je dengan *dia ada blog jugak [click sini]Cik Amiera Wahyunie (for long)  yang lain semua sibuk . nyampah ! oke . 

Port biasa ialah CS(city square) , first sampai yang kami terjah dulu ialah toilet ! HAHA . sejuk gile kot dalam bas maju tu . hmm , betulbetul MAJU ! bab aircond jela . tp dia punya keadaan bas tu gedegang gedegung*effect bunyi macam bunyi orang dok campakcampak besi . hampeh ! bising giler kat belakang tu . screw sume bagai nak tercabut . mengucap je dok dalam tu . haishh ! 

Then , pegy la serbu panggung *oke tipu . beratur dulu , tengok movie ape yang uptodate . Macam semua best and pilihan yang kami buat adakah tidak tepat . you know what , tengok cerita AKU MASIH DARA ! ahah . ape kehal nyer kan ? konon macam nak carik kesedaran laa . hampeh , dalam pangung pon ramai yang buat 'aktiviti' . ingat tengok cerita tu dok p masjid insaf sane but terbalik pulak dah . LAntak korang laa ! asal bahagia ye !! 

Oke , cerita tu tak best ! haha , cume yang penyeri dalam cerita tu yang buat best kot bagi aku :) ABANG YUSUF(Ashraff Muslim) OMG ! OMG ! kacak dey ! suci sangat mukenyer . Masuk night club pakai baju melayu . huwoo ! style tak ? ape kate you all try fashion baru ni pulak *bg yang pergi nightclub xp Then , habes cerita kuar . pergi toilet lagi . SEJUK ! haha and terdengar (kruuukkk krukkk ) that's mean perut dah lapaq . P la pusing2 at CS tu tengok ape yang simple , murah and sedap . So , buat decision pergi la McD . paling senang kot . tapi mak aih! ramai pulak dah . takpe . sabar ..

Tetibe ade pulak slack mase tengah dok enjoy kat sane . Meet with someone yang myebabkan kami punya plan clash ! Sheepp ! Kene tengok wayang lagi sekali . Cerita JANIN pulak . keluar panggung , hmm boleh la cerita tu . Nice nice laa . Sempat berwindow shopping jap , then naik bas p larkin , solat then balik rumah . SETTLE ! 

pssst ! tengok la gambar dibawah ni yer ... hehe :)


kebetulan then lunch together :) McD's feedback form :D
***********************************************************************************
p/s : Sape ade terserampak dengan kami ? hehe -.- *macam popular

21 December 2010

Darah Gemuruh XD

okey , malam ni rase nak share dgn korang la pasal diri aku ni . Kate orang puteh , sharimg is loving . yaa , sebab tu sayang korang semua ;) hehe . Ada satu perkara yang aku rasa korang patut tau is AKU ADA DARAH GEMURUH ! what ?!!! yes ! aku ada ! HAHA

aku pon tak pasti dan tak berapa nak pasti ini satu penyakit ataupon bukan . malah nak discover banyak2 sebab banyak lagi bende yang aku nak buat mase sekarang ni . So , LEt's Starrt !

Time sekolah rendah dulu , Anis Syafiqah(nama aku) merupakan seorang pelajar yang aktif disekolah , bukan shaja dibidang kurikulum malah kokorikulum . *skema la pulak Aku suka mengaktifkan diri untuk masuk ape ape aje event yang diadakan kat sekolah masa tu . Suka kumpul sijil banyak2 . bajet bagus gitu loorrr ...

Dalam bidang kokorikulum ni , macam sukan ataupon event yang berkumpulan , trio mahupan duo . aku tade hal .. cool . maintain jur atas lapangan , balapan mahupun padang . cehhhh ~~ *takbur takbur-.- Kalau ramai-ramai ni seronok , feel je ... riuh riuh , sorak sorak ! soo , takde rase alone tau , berbeza bila aku bertaruh atas nama sendiri dengan kemampuan sendiri

Seperti Pertandingan sajak , bercerita , mahupun berpidato . Semua pertandingan ini perlu dipertaruhkan atas daya usaha sendiri . haa , semua nak kebas masuk . macam takde student lain . *alaa , cikgu yang pilih laaa . hehe. Takde satu pon yang JOHAN .. ohh sheetts !! haha . ggrrrr 

Ni semua berpunca dengan habit or penyakit DARAH GEMURUH ni , before hari pertandingan , peserta macam aku dan lain lain akan pulang lewat dari sekolah untuk berlatih bermati-matian . menghafal . mengayakan topik . serta intonasi yang sesuai dengan bantuan dari cikgu . Punya lah semangat berlatih bermingu-minggu hari yang dinantikan telah TIBA !

Datang , buat pendaftaran , cabut nombor ala ala nombor yang bertuah *selalu harap dapat no last :) , amik seat yang disediakan untuk peserta , duduk dan tenang . Itu lah cara kawan seperjuangan aku buat . mereka normal :) tapi aku ... BUKAN CARA AKU ! lepas cabut nombor tu , aku akan letak beg then keluar dari dewan tu . 

kat luar suasana hingar bingar yang buat aku lagi tak tenteram , dengan secara automatiknya jantung aku akan berdebar2 pada rate yang luar biasa mcm lepas turun naik bangku selama 5minit . darah berderau terus pergi kepala . Dan...................... BLUSSSHHHHHHHHHHH !!!! *bunyi dikepala

AKU BLANK !!

(Peserta seterusnya , Anis Syafiqah binti Sahdon dari Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas dipersilakan mempersembahkan pidato , sajak , cerita or whatever ) *suara dari dalam dewan !!

Dammmm !! apa aku nak buat apa aku nak buat ? pergi tandas ah ! blurrr , blank ! 

ANISSS!!!! cepat !! NAMA AWAK DAH KENE PANGGIL TU (cikgu menjerit!)

*suasana diatas pentas
arh arh ! damm damm ! what should i do ??!

Masuk intro , bebel selaju yang mungkin , tak tengok audience . Bila dah bebel laju laju tu kompem ada yang sangkut kan ? then , mulai dari situ aku akan melangkau terus untuk PENUTUP ! haaa , bila aku dah senyap bebel , foe sure hall tu akan diam membisu so mata mata semua tertumpu kat aku . ADUHH!! aku tak boleh laaa . blank trus !! habis kan penutup ....

Lari lari keluar dewan , then nangis !! HAHA ! poyooo laaaa .....

eh ! same laa mata XD
Macam ni la yang akan berlaku setiap kali aku masuk pertandingan secara perseorangan . and and , aku akan berdarah gemuruh lagi kalau orang yang aku minat tu lalu depan aku ... awww awww ! gedik laaaa !! HEHE

************************************THE END**************************************

p/s : kalau you all sergah aku ! kompem Darah gemuruh . wanna to try ? :P

KENAPA ?

kenapa ini semua harus berlaku.~~~ wuuuuu *dendangan lagu 

kenapa perempuan mudah menangis ? 

kenapa perempuan itu dianggap kaum yang lemah ?

kenapa perempuan suka akan keindahan , kecantikan dan kedamaian ?

kenapa perempuan sinonim dengan hadiah sprt bunga , music box and bear ?

kenapa perempuan itu dilabel sebagai perempuan gedik ?

*****************************************************************************

kenapa lelaki suka bersifat egois ?

kenapa lelaki suka modified segala macam bende ? eg : moto , 

kenapa lelaki rase macam macho mase menghembuskan asap rokok ?

kenapa lelaki suke menyalahkan wanita jika ketelanjuran berlaku ?

kenapa lelaki suka bende bende yang simple ?

**************************************************************************************************************

*soalan seperti ini selalu berlegar legar difikiran aku . setiap ciptaanNYA punya kelebihan dan kekurangan . :) lelaki dan perempuan itu saling melengkapi .


 


 
 

20 December 2010

Apa itu PISANG ???

Pisang itu ialah sejenis buah-buahan tempatan *takkan binatang kot.. sinonim dengan binatang yang bernama MONKEY atau dalam bahasa kebangsaan kita MONYET :) 

Ia terdiri dari kumpulan deitary fibre atau serat . kata orang , kalau banyak makan pisang senang nak berak . yes! aku berterus terang .. -.- 

Pisang mempunyai tenaga atau energy yang tinggi , pisang seringkali menjadi makanan tambahan bagi pemain tennis . *sebab tu aku selalu nampak diorang makan pisang (nyum nyum ) bile time break :)
Pisang boleh menurunkan tekanan darah , mengelakkan constipation atau sembelit dan membantu pertumbuhan otot . *sape nak ade otot banyak , sila la makan pisang :D(kaum adam terutamanya ni )

Haa , info terkini yang baru aku tahu ialah kulit pisang boleh menghilangkan tanda gigitan nyamuk dengan menyapu kulit pisang tu dekat tempat kita kene gigit nyamuk . woo , nice . tak payah bazir duit aku beli vicks .. hehe

Cara aku makan pisang :

baru beli , besar.... nie kejap je lesap
copet satu !! hehe
aku akan belah pisang ni kepada TIGA BAHAGIAN :)
satu bahagian dah pendek , SEBAB DAH MAKAN *nyum nyum
nie lah cara dan gaya ku ... hehe . u'all aku rase ade jugak yang makan macam ni kan ?? hehe . makan satu satu part tu lagi masyuukk ! dapat feel ... heaven ;) then dapat lebih lama rasa keenakan pisang tu dari makan sekaligus . tak gitu ?? 

p/s : majulah buah buah tempatan untuk negara !! :P

Lembaran Hidup Wanita Soleha ...


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.... 
wanita :) keindahan :)
 

p/s : hatiku tersentuh dan tersentap dengan berita budak perempuan berumur 11tahun mati di BATU PAHAT*kalau tak silap beberapa hari yang lepas :( serta terbaca berita tentang  ini

Hargailah Wanita :)

sepertimana berkaitan dengan tajuk diatas ni , aku ingin meluahkan la segala yang ada dalam jiwa aku ni *ayatmacam nak kene baling selipar!

Wanita bukan  mahu disanjungi , cukup untuk dihormati :)

Wanita bukan mahu dibelai manja , cukup dengan layanan sopan semata :)

Wanita dilabel "kuat membebel" , itu petanda wanita prihatin :)

Wanita bukan barang , yang senang untuk dijualbeli :)

Wanita punya keistimewaan yang dititipkan oleh sang pengcipta :)

Wanita dicipta bagi melengkapi hidup lelaki :)

Wanita bukan tempat melepaskan nafsu serakah !

Wanita bukan kaum yang mudah ditindas !

Wanita itu sebagai seorang isteri , ibu ,nenek , makcik , kakak

Tanpa WANITA , tiadalah kita .. 

oleh itu , hargailah wanita , lindungilah mereka . Jangan aniaya ! :)


p/s : ape aku tulis ni ?? HAHA . diluar tabie betul ... hehe

19 December 2010

Bende or Perkara yang aku tak suka (PART 1)

  1. Aku tak suke kene gigit nyamuk ! sebab nyamuk tu akan tinggalkan bekas bintat yang merah ! dan sangat gatal . 
  2. Tak suke dengan pembakaran terbuka , macam jiran jiran aku bakar sampah then asap dia masuk rumah ! macam aku nak maki maki je .. sabar jelaa !
  3. Aku tak suke nampak anjing ! sebab akan automatiknye jantung aku berdegup kencang , sekencang kilat . cewaahh ~ heheh
  4. benci dengan bau ubat nyamuk yang lingkaran tu , nanty kalau gune baunye lekat kat pakaian !
  5. benci dengan habuk dan debu , ianya akan buat aku bersin dengan kadar berterusan ! duh ! *tapi aku tetap sapu rumah laa :)
  6. tak suka bila ada orang amik port aku ! haha , berani la kalau buat , nak kene bebel percuma dengan aku
  7. tak suka orang yang suke jaga tepi kain orang lain , sedangkan kain sendri tak terjaga ..
  8. tak suka makan petai sekarang sebab baru aku perasaan petai tu tinggalkan bau yang busyuk !
  9. tak suke dengan anak patung ! sebab aku rasa doll tu akan hidup bila tengah2 malam . hehe
  10. tak suke bilik air yang berada diluar rumah , esp bila aku kat kampung . aku akan suruh adik aku teman . *jujur -.-
  11. tak suke jiran yang sellfish gile gile kentang , bela kucing then kucing tu berak kat halaman rumah aku ! memang kene m*** dengan aku ! ada gati nak bela haiwan banyak2 ! ggrrr
  12. tak suka teman puan mama atau tuan abah pergi kebun atok untuk kutip segala buah buahan yang ada !
  13. tak suke makan kulit ayam ! euuuwww !! yeeekkk !!!
  14. tak suke jalan sebelah orang orang yang tinggi . sebab aku rendah !! lagi lagi kalau kat shopping complex ! ggrrr
  15. tak suke bila aku tengah focus nak belajar or tengah buat something , ada member datang then jerit kuatkuat kat telinga ! SENTAP BEB ! BOLEH MATI gua ! ahah .

p/s : sampai sini jela aku tulis , banyak banyak kang you all bosan . kan kan ? HAHA

Ini PERMINTAAN aku ..

Aku ni bukan nyer anak orang kaya yang wajib ada  4,5 buah kereta dalam rumah . Aku hanyalah anak kepada seorang lelaki yang bergelar guru :) Time-time cuti ni kalau buat trip pergi mana-mana akan book la hotel at least untuk 3hari . Tapi nampaknya , hotel di Malaysian ni perlu ada perubahan yang sangat drastik , soo , aku sebagai pengguna bijak , ingin melontar suara permintaan ku terhadap hotel hotel yang ada di negara yang ssaaangat aku cintaik cintai ni .

  1. Hotel hotel yang telah dibina ditapak kelahiran negara aku Malaysia ni , semestinya perlu ada pengesahan , dan kelulusan dari pihak yang berkuasa . Ada sesetengah hotel kat Malaysai ni takde pengesahan so ianya akan memudaratkan pengguna2 seperti aku ni .. TERTIPU dengan bayaran contohnya,
  2. Aku nak bath tub yang mempunyai bentuk yang unik . Bosan la asik bentuk oval je . ye tak ? bentuk macam mangkuk , hati ke , cawan ke , sampan ke , kasut ke kan . ianya dapat menarik minat dan nafsu kepada sesiapa yang melihat bentuk2 sedemikan . kan kan ? aku tak mintak pon bathtub dengan bertakhta kn intan berlian. hehe 

aku buntu !! perlu bantuan !

setelah beberapa lama dan ketika , siang dan malam  , jam dan minit , minit dan saat . aku telah kekeringan idea untuk mencoret di kertas ini . otak aku seolah-olah beku sperti sudah ditinggalkan lama dikutub utara . aku buntu ! pening  ! meracau dan sebagainya ! segala idea idea aku yang tip top sepanjang percutian aku telah tertinggal diruang lobby tempat tinggal aku ! dammm . what should i do ??

aku buntu ! idea aku tertinggal disana kesemuanya ! aku sudah tidak ada wang untuk pergi kesana semula . banyak idea yang mencurah2 semasa aku bercuti kat sana . tapi semua hilang , lesap , gone entah kemana perginyer . mungkin salah aku kerana tidak memangga atau mengunci idea idea berkenaan .

aku hanya bercuti di Pangkor Island , Malaysia . tak jauh , dekat je (tu pon nak kecoh!) haha . tapi disebabkan jaringan internet disana sangat lembab dan basah sperti siput di pantai , dan sperti lumut lumut jijik dibatu . aku buntu ! aku hanya melakukan aktivit biasa tanpa kesronokan kerana terlalu memikirkan idea untuk dishow off kepada you all . *giler !

aku PERLU IDEA ! AKU BUNTU ! HELP MEE !!!


aku stress !!!!

p/s : you all tolong laaa ! pleaaaseee ;)

13 December 2010

Permainan peberet :D

malam ni idea datang terlampau mencurah-curah sampai aku ta sempat nak tadah pape . soo, memandangkan esok aku nak pegi bercuti selama seminggu . aku kene tido awal . ni je la yang mampu aku tulis ~

1. main galah panjang 
Permainan ini sangat famous mase aku kekecik dulu . pantang nampak tiang ! cepat terus melekat . selalu aku main ni kat sekolah . dengan member aku . waktu rehat . ape ?! ya , kat sekolah . kat tepi kaki lima la biasanya . dan kalau terlampau ghairah sgt main bende alah ni , buruk padahnya . kawan aku pernah terjatuh , dahi berdarah . kawan aku(lelaki)  pernah tersungkur dye punya tettttttt kene . uishhh !! kawan aku pernah termasuk kaki . AKU ? aku tak sempat habis dah kalah =.= ngeee

2. balingbaling selipar 
ni selalu main petang2 kat taman , susun selipar tu macam piramid , then sorang baling kat tempat kasut tu disusun . kalau selipar tu kene kat badan kira loser . kalau kene , memang PERGHHHHHH !!! PERIT ! lagilagi kalau budak laki yg baling . betulbetul tade perikemanusiaan :(

3. batu seremban .
seremban tu kene betul sikit sebut , jangan jadik macam aku . dulu pangil permainan ni BATU SEREMBAN*negeri sembilan . ape ke bengapnye aku mase tu . haishhh , ni kalau main aku selalu la fight dgn kawan aku sorg tu . kira gilir2 la first place and second place tu . haha*bangga pulak 
sekarang da cantik , dulu gune batu kerikil je , kan ?

4. main masak-masak
dah aku pon perempuan , tipu la kalau aku tak penah main masak2 . hehe . baling best mase tu siap amek burung yang dah mati tu pegi bakar atas api . konon macam burung golek la . hampeh -.- . tapi korang jangan tak tawu tau . permainan masak-masak ni bukan sahaja diminati oleh budak perempuan . budak lelaki pon join tau . aku suka kalau diorang join . tapi kalau aku citer balik kat diorang sekarang , masing2. segan yela, dah baligh ..

5.rounders
alaaa , main ala ala besbol gitu . bola tennis and sebarang kayu*bukan ranting untuk asas alat permainan ni . aku main ni pon dengan senior2 aku . main ni paling puas . dapat home tu ! pehhh , bangga nye sampai jerit2 macam kene rasuk .

ini jela yang dapat aku cerita . memandangkan dah ada yang memanggil aku untuk berdamping dengan dia . korang lau ada cerita lagi yang best2 kotkot aku lupa . korang share je kat comments ya . :)

p/s : agak agak kalau aku ajak korang main permainan ni lagi korang nak tak ?? BEST ooo ;)

12 December 2010

Wrong Prediction !! :'((

okay , sebenarnya takde niat atau hajat pon aku nak buat entry baru ni , memandangkan jadual aku yang begitu pack dengan kerja2 rumah sebagai suri rumah yang kedua (doesn't mean aku dah kawen ! ) dengan nak basuh pinggan lain , lipat kain tuan2 rumah lain . kemas rumah lain . oh sheetss ! too much ~ STOP , aku malas nak mule panjang2 , cume aku nak share2 dengan korang pasal satu insiden diMALAM HARI.................... aaaaaaaaawwwoooooooooooooo *bunyi serigala menyalak ! HAHA 

Sebagai seorang anak yang sedang melalui proses pembesaran , tumbesaran dari segi jasmani , rohani dan intelek ni . sebagai persediaan rohani bg peringkat aku ni , memadai la dengan aku hadir kesekolah agama pada waktu petang dan mengaji pada waktu malam .

Malam tu berlalu seperti biasa , tetapi sepertinya langit macam kelam2 nak hujan . ahh , peduli hapa aku ! nak hujan tak nak hujan tu kau punya pasal la awan . yang penting , aku nak mengaji nak cepat khatam then tak payah la aku kene siku je dengan pak ustaz yang ajar aku mengaji tu . HEHE :) 

aku tak macam budak perempuan lain , yg kalau ngaji pada waktu malam . papa , abah , bapak , ayah dyorg yang anta , aku naik basikal je . simple . senang . mudah dan gampang ! yeaa , pergi macam biasa lepas habis maghrib . dan akan balik lebih kurang jam 8.00 atau 8.15 malam .

pada hari tu , aku tak tawu la apa masalah aku , turn aku nak mengadap pak ustaz tu paling lama . ni mesti yang mula2 ngaji tu tak lepas . aku jadik mangsa ! *sigh=.= Then , memandangkan aku yang paling last mengadap pak ustaz , aku la yang last keluar dari rumah pak ustaz tu . malam tu , aku rase macam tak sedap hati , angin malam dengan lembut dan manjenyer membelai leher aku . arrhh ! dammm ! apesal pulak ni .
macamni lalebih kurang basikal aku

Aku terus letak beg alquran aku dekat bakul , guna basikal lee copper je (lee copper ke nama basikal tu?) aku dah tak berapa nak ingat , yang penting aku naik basikal laa. Aku mulakan kayuhan masa nak balik tu dengan tidak bersemangat langsung . macam tengah tunggu orang kopek durian tak terbukak2 . 

Pada mulanya , aku memang nak lalu jalan yang selalu aku lalu tu . at least , aku dah ngam dengan jalan tu . tp bayangkan masa tu aku orang paling last keluar , sorang pulak tu , haa , perempuan lagi ! korang tak takkot ke ? malam tau .. so , aku fikir2 sambil aku pusing2 kat depan rumah pak ustaz tu banyak kali . so , keputusannya ! SHORTCUT ROAD=jalan potong . 

jalan tu memang gelap kalau malam , bukan sebab takde rumah, takde orang ke hapa . cume tiang lampu yang kat situ problem . asal malam je streess , liplapliplap sendri . Aku kayuhbasikal comelku sambil ditemani angin2 yang indah malam tu . TIBA TIBA !!! sampai dekat2 dengan taman permainan tu ......

11 December 2010

Keghairahan melampaui batasan ;'(

asal aku punye tajuk macam tu ? sebab tajuk tu penting . ni salah satu tips nak orang tertarik baca . Banyak bende2 baru aku belajar setelah penat aku berblog walking malam tdi . jenuh ~ hehe . ni takde kait mengait pasal 16sx ke 18sx ke ape2 . ni kategori  U=umum . hehe . 

aku mase kecik suka jalan petang2 dengan my sweet2 kawan . aku lebih rela berjalan dari pagi ke petang dari dok tercongok kat depan tv tu . kalau ada citer peberet aku takpe jugak . Then , pegy la pusing2 dari satu taman ke satu taman . 

lepas dah penat berkayuh tu , pegi la take port yang selalu ktowg dok lepak2 sambil makan aiskrim sposen tu . you all tawu kan ? ais krim batang panjang tu . alaaa , ni laa .. 
sedapp ~~ *terliur . slurrpppp ..
tengah sedap2 dok menyedut aiskrim ni . kawan aku ni ngadengade , miang , gatal sangat tangan tu pegy baling batu dekat anjing ! WAH !! WT* ??? aku cakap , 

aku : woi maat !! kau asal baling batu kat anjing tu ?? ke dia tengah mengawan ke , kau sibuk kacau nape ? 
mat: biar la wey , aku tengah ghairah tengok anjing tu ..
aku : mat ! kau ni , dengan anjing pon bernafsu ape ?
mat : relax la nis , aku baling je . see , dia relax2 je lagi berdating dengan awek dia tu . takpe , kau tenang je :)
aku : banyak la kau punya tenang , kalau anjing tu dattt...............

GGOONGGG ! GGOOOONNGGGG !!! GGROONNGG !!!! 
aku tak habis cakap anjing tu dah datang . punya tak sempat nak lari . dipanjat-panjat tempat gelongsor tu , sampai kat tempat senggayut tu ktowg naik . aku dah menggigil je . dengar je la anjing tu dok makimaki hape pon aku tak tahu . memekak betul ! 
macam ni la tempat main aku dulu . simple -.-

Lepas beberapa minit , anjing tu patah balik tempat asal dia . ktorg turun . aku last sekali turun sebab takot . sampai-sampai bawah , aku carik2 selipor aku tak jumpe . Diorang dah siap dengan bike masing2 tapi aku dok terkial-kial mencari selipor aku . Tengah khusyuk mencari tu .. 

GOONNNNNNNG ! GOONGG ! 

Opocott mak kau !! pehh ! DATANG BALIK !! WOIII mat !! NI SEMUA KAU PUNYA PASAL !!!*teriak aku . nak menagis aku ! %^(*&!@^*&%!@#&* punya mat !! SIAP KAU !!!

aku sorang je yang tinggal kat tempat2 gelonsor tu . tp dyowg tolong selamatkan aku . Tp , tangan aku memang menggigil ! fobia ~! time tu , diorg bole pulak dok terkekeh-kekeh ketawa . memang kurang asam jawa betul ! haiishh ~

p/s : ape aku ni ade bentuk macam makanan dyorg ke sampai anjing pon tertarik ?? *sigh =.=

PENGGODA BERJAYA :D

Aku dalam semenjak dua menjak ni macam NAK lekat dengan buku je . So , malam tadi aku pon study la . Then , rase ngantuk Kuar la bilik pegy basuh ape yang patot . 

Tetibe ! ternampak something liplapliplap kat penjuru . arh sudah !! aku dah tawu dah ape ! WT* !! JANGAN GODA AKU LA ENCIK M !! pleassseee !!!!

Ni la ENCIK M !! ggrr
Aku tak tawu la macam mane nak elak digoda Encik M yang sangat berjaya ni . Asal keluar bilik je mesti ni yang aku nampak dulu . haishh ~

Takpe .. aku cuba elak ! Aku masuk bilik tanpa hiraukan ape2 yang ada diluar . Masih dengan study

Oke . itu adalah subject ?? Lu pkirla sendiri . Banyak ta banyak kan ? takpe , aku tak penah bosan study subject ni . kalau you all ada baca entry mak-suruh-hafal-sifir.  ni you all mesti tawu kan ? hehe . tapii ..... batinku tidak terdaya menahan segala nafsu terhadap godaan Encik M . Dan ini lah yang terjadi :(

10 December 2010

kucing , arnab . ? SAME JE !!

Tadi tengah usya2 facebook my kachak friends yang amat suka kucing ni , aku dok terpikir , kenapa lah aku tak suka kucing . Padahal kucing tu sikit punye comel pon aku tak suka . haishh ~

Haa, kalau nak tahu kenapa aku TAK SUKA kucing ni , sebab aku pernah dicakar oleh seekor ARNAB yang comel lagi cute mase tengah melawat zoo , masa tu aku sekolah rendah . tak ingat darjah brapa . See , pelik tak ? ape kait arnab dengan kucing ?
same je duadua ni . HUH ! :(

Macam ni , mase tu tengah penat2 lepas satu zoo tu aku round dengan my syg2 . Then , aku tertarik dengan satu kandang ni , tak jauh dari tempat aku rehat2 . Dalam hati aku " Ada ape dalam kandang tu , kenapa tak nampak pape pon" .So , jiwa aku dengan ghairah ni suruh la aku pegi jenguk ada apa dalam tu . Ada arnab ! banyak sgt ! tak lebeh sepulh laa . tp still banyak and teramatlah comel ! Excited giler ! giler punya excited pon tak macam ni .

Kebetulan , mase tu tengah makan snek . Then , budak2 kecik la katekan . baik hati , cikgu kate kalau buat baik kat binatang nanti dapat pahala . So , aku ni dengan senyum kambingnyer hulur la tangan aku ni nak bagi dekat arnab2 yang cute2 tu . tetibe ~ SRREEETTTTTTTZZZ !!!!

"MAMA !!!!! ARNAB NI CAKAR TANGAN ANGAH !!!! " SAKIT MAA !!!

puan mama berlari dapatkan aku , berdarah ooo . haha , see ! Arnab ni liar ke hapa ? ggrr ~ nak kata ta dibagi makan . ada je makanan kat tepi tu . tak luak pon ! %^*(@!&%^*!@&^!@*& laa arnab ni !! *makian ~ kihkihkih

So , sejak dari saat tu , aku sangat benci . Bukan benci , kasar sgt ni . AKU TAK SUKA la  dengan haiwan yang ada kuku . Fobia laa senang citer .

Sampai la ni , cek pobia dengan kucin . Kucin dok datang dekat pong cek lari na . :D


p/s : Pergi zoo mesti pakai sarung tangan lepas ni . haha

Perkara2 ELERGIC semasa shopping :)

Semalam, baru balik dari bershopping2 dekat jb , and terlintas la nk tulis entry pasal shopping2 ni . Aku ada beberapa perkara yang agak elergic kalau tgh shopping bjmpe dgn 'bende2' ni . 

1. Promoter cuncun and kachakkachak yang suke follow   

PALING TAK SUKA ! First2 masuk kedai je , dah disambut dengan sambutan yang paling mesra macam anak diraja . tapi , toleh belakang , abg2 or akak2 promoter ni akan follow . urggh ! you all ta rase rimas ke macam ni ?? rimas right . nak pegang barang , or baju ke siap terang panjang lebar ye . mcam dah ada motivator free kat situ . see , kalau you all tengah buat 'pelaburan' yang sgt besar or whatever , you all suke ke kalau ada orang sibuk2 ketuk pintu ? mesti rase tidak selesa , tidak tenang , dah tidak damai kan ? same la mcm ni :)

2.  Looking with they 'quite eyes'

OK , masuk masuk store or ape ape kedai kite mesti buat pemilihan yang bijak kan , bandingkan harga , tengok kualiti semua kan , so baru lah betul2 pengguna bijak , tak gitu ? hehe . tapi tapi , akan ada stranges yg akan tengok kita mcm kita tak mampu nak beli those stuff . if kedai yang ni harga dye agak tnggi kita pegi la kedai yang lain , tp akan ada jenis manusia yang akan tengok setiap gerak geri kita . pandangan dyorg yg akan buat kita LANGSUNG tak selesa , so , dgn tidak sengaja kita akan sumpah seranah bile keluar je dr kedai tu . and sumpah ta nak dtg kedai tu lg . ye kan ? hehe 

3. Promoter yang menghalang laluan 

Haa , masa hari tu . Ahad tak silap , pegi la Pc Fair kat Persada tu dgn my cute2 cousin . then , bole tak ade SEGEROMBOLAN promoter yang tgh promote pasal internent , broadband or ape2 segala macam wifi beratur dekat pintu masuk . so , ktorg nak elak sampai sangup patah balik tau . see, tak rasa menggangu ke ? kalau ye pon nak promote jgn la mcm tu sekali . kesian pelanggan2 , samapai takut . hihi . at last , ktorg REMPUH je . hoo , macam nak battle je .

4. Menyembunyikan senyuman :(

Sebagai pekerja , cashier , promoter ke even owner kedai or butik tu ke . you all semua mesti la menunjukkan muka yang manis lagi senyuman yang manis . baru la pelanggan2 akan rase attractive nak mengunjungi kedai2 you all . tapi , kalau yang menymbut tetamu tu pon tak nak lemparkan senyuman . kitorg tak kan masuk tak . Tp yang kat cashier ni penting , bila ktorg dah hangkut or borong barang byk2 ni . cakap la something , *sila datang lagi ke , at least pon senyum laa , kan manis kalau you all senyum . lagi2 cashier pempuan yang cute2 tu . kan kan ? 

5. Automatic Talking :D

Ni lagi satu perkara yang buat aku boleh terkejut , or tersedak bila tgh syok2 jalan sambil minum air . You all nak tawu ape ? Promoter yang akan cakap "Sila datang ke kedai kami , jualan muarah" .mcam ni la lebih kurang . aku bukan dengar sgt . Haa , tak terkejut ke macam ni ? lepas je dari kedai tu , mesti akan gelak sorang2 . Terkejut tawu ! huhu , tu belum machine yang tetibe cakap and tetibe lambai tangan . aku ni dah la cepat terkejut . haha 

p/s : kenapa aku mcam asik ckp pasal promoter ?? HAHA . bukan mengutuk . elak aku jadi promoter je nanty . hihi

see , promoter ni elok lagi . takpe ~ :) hehe

08 December 2010

khazanah tersirat !!

Keluar dr bilik je , tengok my syg2 semua tengah selongkar satu kotak ni. Ingatkan ape, rupanya GAMBAR GAMBAR GAMBAR ! BANYAK ! edisi purba , lama-lama gitu .


I will share with you :)

nie byk gambar mase kecik2 , tgk laa . dah kelam ~ hehe

tgk la , hidup berdua dpt clebrate bufday . hope u all nampak . hehe

byk lagi gambar mase kecik2 dalam tu

yang kat tangga tu , abang i ;) *kalau tak silap

p/s : buat you all semua , nanty gambar2 semua ni akan diselit dimana2 post yang akan datang , sebab scanner takde kat sni lagi ;) hee ~

MAMA SURUH HAFAL SIFIR !!!

haa , tengah syok2 dengar lagu ni .Terdengar pulak teriakan mama aku suruh adik2 aku pegy hafal sifir ! hehe . Teringat pulak tyme kecik2 dulu . SERAAMM ~ haha


Aku waktu kekecik dulu tak la nakal sangat tapi kenakalan dan kedegilan kanak2 memang tak dapat nak disanggakal la kan ? Korang pon same kan ? *jangan tipu la . haha . Sekitar tahun 2000 jugak la kan , aku dengan abang aku memang dah dikerah dengan segala macam cara dari gunakan pembaris,rotan, ke tali pinggang untuk diajar menghafal sifir oke .Abang aku ok je, cuma aku la nakal and tak nak dengar cakap tu kuat . hehe .Banyak la aku kene , sume tu dah melekatdekat badan dah .
haa, macam ni la lebih kurang.*ni bukan tgn i

haa ! mcm ni punya besar ! maut kene ! haha

Waktu tu BEST , sebab ada dua orang beradik je.Segala pahit jerih , suka duka hidup kami dikongsi bersama. tak boleh renggang . Abang aku, kalau bab study memang kefokusan dia belajar tu mmg aku tabik spprrriinnggggg laa . KHUSYUK ! yela , dia lebih hebat merasa semua ni dari aku .So dia nasihatkan aku suruh belajar and Hafal sifir tu betul2,tapi aku degil . Tanak dengar cakap , and sampai waktu nye mama semak aku punye sifir. Masa tu kalau boleh lari nak je lari,tp..TERLAMBAT ! haa , bersemuka la aku dengan mama aku. Kalau berdepan dgn dia mesti gementar,menggigil,nak terkincing pon ada. Takot tak takot,tangan mama dah siap dah dengan segala 'senjata'

So,bermula la aku dengan hafalan sifir aku yang tak berapa nak lancar. Lambat je. zzaasssssssssssss ! WAH PERIT !!! nak tak tak nak , kene teruskan . Last2, habis jugak tapi memang lama la kan. dan dan , dalam waktu tu jugak la badan,tangan,kaki aki penuh dengan segala 'corak' . Cantik lagi . haha . Jadik, dah habis hafal sifir yang berkenanaan*tak igt sifir ape sebab dah lame.mesti terus hafal sampai habis sifir12. WAH !! banyak tu. yela , jiwa fresh aku mana nak kalau 24jam asik buat bende yang sama. aku ape lagi , menyelinap keluar dari bilik pegi tengok tv. Then, petang tu pegy main basikal kat taman.Mama dah bagi limit masa, so tak boleh balik lewat . entah macam mana aku boleh tersasar. Balik je dah nak maghrib, cepat2 masuk bilik capai towwel mickey mouse pegi mandi .

Lepas maghrib terus cepat2 amik buku sifir hafal . tapi susah sebab mama dah sibuk2 panggil . Pegy mengadap yang puan besar . macam biasa lah , tangan mama dah ada 'keris' *dupdapdupdap .BACA CEPAT !!! haaa , dengar laungan puan mama je terus blank ! ingat sikit je . terus diam . Tapak tangan,kaki semua dah sedia nak terima bala . adey , malam tu paling sedih . puan mama marah ! huwaaa :( . MAK SURUH HAFAL SIFIR !! zaaassss ! tak nak dengar cakap ! pegi main je , tengok tv ! ape boleh dapat. Mama suruh hafal sifir pon susah ke , tengok along tu . Kan dah senang !! *haa , tersentap aku ! MANTAP DAN PADU semua PELURU tu menembusi gegendang telinga aku ! 

Masa tu, tak tawu lagi apa kebaikan yang akan datang pada aku.Hari ni kene , esok buat lagi . see, nakal tak nakal aku . yela, masa tu adik takde lagi rasa 'macam' yang paling bongsu. manja . hehe :P . Tapi sekarang umur aku dah 16Tahun . Dah berlalu 10 tahun yang lalu dah perkara ni .Betul apa yang puan mama cakap, "SUSAH MACAM MANA PUN NAK HAFAL SIFIR TU, NANTI ANGAH YANG SENANG"
 dan dan , ianya terbukti . ALhamdulilah, sejak dari hari tu . Markah yang berkaitan dengan pengiraan SANGAT MENGHAIRAHKAN ~ Sejak dari kejadian ni , aku tak pernah bosan belajar matematik , matematik tambahan or yang berkaitan dengan pengiraan . TERIMA KASIH PUAN MAMA :')


p/s : ssoo , even kuat mana or sekeras mana cara mama,abah ajar kita . Ianya akan mendatangkan HASIL,sebagus beras faiza :) SYG MAMA ABAH !