RSS

Welcome readers :)

forget yesterday, live for today, tomorrow will take care of its self

Pages

Showing posts with label diriku. Show all posts
Showing posts with label diriku. Show all posts

12 May 2012

CARTA HATI !!


Hello my buddyzz ! miss uolls . sihat kaah hangpa semua ? *bajet cakap utara puiihh ~ hehe. 


Okay focus kepada main point aku hari ni nak buat entry pasal kpop or KOREAN POP :) Cakap pasal kpop siapa je yang tak tersenyum sampai ke telinga . Pantang dengar perkataan kpop mesti huwwaaaa! *menjerit-jerit esp bila tengok or dengar lagu diorang yang bestbest belagak belaka. Cair tengok girlgroup bagi yang lelaki and tengok boyband bagi yang perempuan . kan kan ? korang tak usah nak nipu aku leerr, sebab aku pong same . kihkihkih. Memang kpop wave ni sudah merebak di seluruh dunia, malah lagu diorang pun dah tercatat dalam billboard chart.*betul ke aku ngeje nye ni Kerjakeras diorang memang berbaloi-baloi dengan peminat yang datang tengok konsert diorang. Memang diorang ada aura tersendiri sebab aku yang dulunya tak berapa nak minat kpop-kpop ni boleh terjebak bila abang aku asyik dengar lagu kpop je. Lelaki pun minat kpop jugak so jangan la sesetangah orang yang berfikiran tipikal tu ingat lelaki yang minat kpop ni jambu ye. Abang aku lagi gagah perkasa tau . tak baik ~ hehe 

And and FYI awal tahun ni je dah berapa ramai girlgroup and boyband korean ni buat comeback especially Big Bang yang dah setahun tak keluarkan lagu baru sebab beberapa masalah yang melanda ahli kumpulan diorang macam Daesung and GD. And group legend SHINHWA yang dah 10tahun tak buat comeback akhirnya diorang buat comeback dengan album terbaru diorang The Return. Ramai lah lagi contoh macam 4minute, MBLAQ, CN BLUE. 

Nak dikaitkan dengan tajuk entry diatas tu , aku ada carta kpop sendiri mengambil kira dari segi sedap telinga mendengar and berapa banyak kali aku play lagu tu dalam satu hari. Hehe

1. Hey You- CNBLUE


2.Fantastic Baby- BIG BANG



3.MAMA- EXO-K


4.Severely - FT ISLAND


5.Volume Up - 4minute


6. Venus - SHINHWA


7. Blue- BIG BANG


8. Painkiller - SPICA


9. Run - MBLAQ


10. Note - SHINEE


11. Alone - SISTAR


Tadaaa ! Ni la carta hati aku, yang aku dengar tiap-tiap hari tanpa jemu. *yeke Lain orang lain citarasa kan. So ni lah citarasa saya. Lagu diorang memang tidak menghampakan and buat group Big Bang and CN-Blue yang aku minati, you all memang superb ! Lurve yooouuuuu *winkwink*
*****************************************************************************************
p/s : sarranghae ! hwaiting ;)

30 April 2012

Bende or Perkara yang aku tak suka (PART 2)

Sambungan dari entry yang INI

  1. Tak suka menunggu dan ditunggu . Kalau ada kengkawan yang tengah tunggu aku bersiap or beli barang ke aku suruh diorang jalan dulu. Peace :)
  2. Tak suka bau orang buat burger tapi suka makan burger and tak suka bau sayur tumis tapi suka makan sayur tumis. Ni semua gara-gara bau asap yang menusuk ke hidung and buat saya terSEDAK ! wooo, PERIT
  3. Tak suka dengar lagu KUAT-KUAT . Sakit telinga akak tau !
  4. Tak suka bila kita senyum kat orang orang tak nak senyum kat kita balik. SENYUM KAN SEDEKAH :)
  5. Tak suka dengan orang yang suka memperkecil-kecilkan and mempertikaikan penampilan seseorang. Biarlah dia , AWAK tu bagus sangat ke ? haaaa..
  6. Tak suka TENGOK CERITA HANTU ! kihkihkihkih
  7. Tak suka MAKAN SAMBAL BELACAN . *puan mama cakap anak jawa celup . HAHA
  8. Tak suka kene panas . hehehe . Bajet puteri lilin BLUWWEKKK :p
  9. Tak suka dengan customer yang mintak harga beg murah esp chinesse . ggrrrr! 
  10. Tak gemar(elok sikit bahasa) dengan couple ye COUPLE yang suke meleset-leset dgn bf or gf diorang di khalayak ramai. BELUM SAH tahu . Ish ish ish
Peace :) Ni jela kot bende or perkara yang aku tak suka kang tulis banyak banyak makin ramai la tak suka dengan saya. Jangan benci or tak suka saya tau. SAYANG you alls ! 

18 March 2011

Happy Birthday !! :D

yeeayeaa dah tujuhbelas tahun ! 





TerimaKasih abah mama kerana telah membuat angah . Tiada sesiapa yang sama dengan saya . Even ada my friends yang sama birth date dengan saya .


***********************************************************************************
p/s : rindunya nak berbloging :)

11 January 2011

hooyyeaa !


I LOVE BOOKS !! 





hooyeaaah !

***********************************************************************************
p/s: eh ,TERbuat  entry pertama 2011 laa . HAHA

31 December 2010

Yang Terakhir Bagiku ...

Selamat Tinggal Dunia Blog . Sobsobsob .

Assalamualaikum kepada semua pembaca and yang dah ikut blog yang entah pape ni . Saya(lebih formal hehe) , Anis Syafiqah Binti Sahdon pemilik tunggal blog ni ingin mengundur diri buat sementara waktu . Terlebih dahulu saya nak ucapkan thanks banyak2 kat you all yang dah jadi my follower . THANKS AGAIN ! *nak menangis rasa . huhu . Kepada yang dah support i untuk buat blog ni ,Cik Amiera  kalau takde kau beb aku takda nya nak berkecimpung dalam arena ni . cewah :)

Pengunduran diri buat sementara ni adalah disebabkan beberapa faktor yang akan menentukan masa depan saya . Kepada you all , saya nak mintak satu je jasa baik you all untuk mendoakan saya berjaya dengan cemerlang dalam sebuah peperiksaan yang bagi saya teramatlah penting . sobsobsob . Tacing maa ! HAHA

Saya akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ni . Hey hey ! saya baru 17 tahun laa pada 15 Mac 2011 . What ??!!! ya laa , baru 17 maa . ta lah tipu punya . Ni adalah yang benar dari benar-benar belaka . Saya baru berusia 17 tahun ye akak-akak and abang-abang yang kebanyakkan nya ikut blog saya ni . hehe . Adik di sini . CHOP! adik ke ? Saya di sini ingin menyusun beberapa puluh jari yang ada termasuk jari kaki(buat loyar buruq naa,hehe) memohon maaf la kan jika disepanjang penglibatan saya dalam dunia blogging ni ada mengecilkan hati kalian semua .

(BETUL-BETUL MACAM KARANGAN NI ! HAHA) 

Maybe for this year , tak da lagi entry-entry mengenai kehidupan saya sebagai seorang manusia dibumi ciptaanNYA . Saya akan lebih fokus dengan study , kelas tambahan , segala ceramah dan motivasi di sekolah . Haha , i'm only students at school . OMG ! Kalau sempat and memang masa tu saya teramatlah free and mendapat sedikit ketenangan saya akan buat BW di blog-blog you all semua . For sure saya akan rindu and teramatlah rindu dengan coretan korang semua . 


InsyaAllah bila semuanya sudah selesai , saya akan mulakan berblogging semula . Mungkin dengan wajah yang baru .Pada usia yang lebih matang , mungkin 18++ . Hehe. Itu semuanya pada masa hadapan . Kita hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segalanya . Tak gitu ? hehe

Sekali lagi , sebelum saya mulakan hidup biasa sebagai seorang pelajar sekolah saya dengan rasa rendah hati dan rendah diri yang dah sememang nya rendah . Ingin memohon you all semua mendoakan kejayaan saya serta rakan yang lain , kerana ia menentukan masa depan kami :) Terlebih dahulu , saya ucapkan bermillion-million ucapan terima kasih (huh ! hiper betul) 

**************************** YANG TERAKHIR BAGIKU :)****************************
*tatapan akhir 2010* :)

*byebye semua , i will me all ofyou* ;)

p/s : Terima kasih semua ! Wish me Luck ! Doa kalian yang akan mengiringi pemergianku untuk berjuang :) ceewaah !

27 December 2010

Kita Hanya Mampu Merancang , Tuhan Yang Menentukan :)

wassup wassup . *mood rock* yeah ! ha , nak story morry dengan you all ni . Baca tau jangan tak baca *sangat gedik* haha . Do i care ? okay , SERIUS ! Let's rocking !! 

Sebagai anak kepada bapa yang bergelar guru ni . Aku selalu berjalan time tengah cuticuti macam ni . Last 2 years laa , abah aku start join trip yang member beliau buat . Cikgu M . yess ! (secret!) You all know kan , cikgu punya cuti ni sama je cuti nya dengan pelajar-pelajar sekolah . So , ini amat seronok bagi aku sebagai anak kepada bapa yang bergelar guru . yehh ! BABY I LIKE IT !! *ohh , sangat bangga* So , kepada mereka-mereka yang bergelar guru diluar sana . Pekerjaan sebagai guru ni sangat mulia disamping dapat cuti yang banyak *ohh aku macam tak minat* 

Then , last two years kami sekeluarga ikot trip ke CAMERON HIGHLANDS . Just naik kereta masing-masing sebab banyak risiko kot kalau kitorang semua naik bas . Takde rase confident nak mendaki ke CH tu dengan menaiki bas . So , decision yang my abah and his friends buat just naik kereta . BEST ! First time datang sana , ingat sejuk dia just macam kat peti ais but it was not ! haha Noob nye aku . Best laa , dapat rasa makan stawbery and bermacam lagi berry kecuali blakberry . hee :) Trip tu tak silap aku , aku baru 14 . OH ! muda sebab tu noob . 
*cameroon* 
*pic google, YUMMY*

A few weeks later , keluar kat paper  ada excident dekat Cameron Highlands , sebuah bas dan (oh tak ingat) . Aku kaget ! Alhamdulilah , Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami semua :')

Last years pulak kitorang pergi LANGKAWI ISLAND . yeahh ! Memang excited giler kentang punya la wa cakap der . First time pergi "ISLAND" kan , haha . Then , masing-masing buat muka terkejut kucing sambil memucatkan diri bila dengar abah cakap naik FERRY ! ok , ferry ! Semua dah dok terbayang dah macam mana ferry tu , nanti karam tak , lama ke kat dalam ferry tu and so on . Pelbagai soalan yang menerjah otak abah untuk berfikir . Hehe . Semua gelabah . 

Then , bila tiba masa nya tu . Masuk lah kami dalam ferry tu untuk pergi ke Pulau Langkawi yang telah disumpah oleh si Mahsuri yang cantik jelita tujuh keturunan . Dapat seat paling depan , suasana didalam tu agak sunyi sikit sebabb masing-masing tengah mengawal otak untuk seimbangkan diri dalam tu . Aku amek port tepi tingkap . Konon nak tengok view laa sepanjang perjalanan tu . Masa OTW tu , mula la bau yang tidak di ingini msuk ke rongga pernafasan ku . SHEETT ! bau minyak ! ohhh , sangat la menusuk dan macam nak termuntah . HAHA . Kuat sangat . Pening , soo aku pon senyap tanpa sepatah kata . Muka Pucat ! First time la katakan . So , masa nak balik semula tu dah ok sikit la . Takde pening2 da *bajet bagus* :)
*poyo nya aku*

After a few weeks kot , ta berapa ingat . Ada keluar dekat berita tentang ferry karam . YA ALLAH ! bersyukur sangat time tu bukan kami yang pergi *ALLAH MASIH SAYANG HAMBANYA* 

This year , kami pergi PANGKOR ISLAND pulak . Dari jeti Lumut tu nak ke Pangkor tak lah mengambil masa yang lama . About 20 to 30 minutes kot kalau tak silap . (tak kira pon) Sekali lagi naik FERRY , kali ni ferry dia punya service ok , aircond cukup kuat , ada movie ditayangkan means cerita , bau minyak takdak ! yehhh . Baru feelins sikit dok dalam ferry . Nak tengok pemandangan keliling laut pon takde masalah . kan kan ? Masa balik , my brother ajak pergi duduk kat luar . Then , pergi la usya suasana kat luar tu . OH ! bagi aku sangat tak best sebab sebab , bising ! bunyi engine laa . Angin dia memang ori punya . Kuat ! Malas aku nak dok luar , aku masuk dalam balik . Masa tu orang-orang dah start masuk untuk duduk . Aku concur 3 seat , which is untuk my abah and my bro (padahal nak letak barang) uhh , jahatnya awak !! Do i care ?! Kat dalam aircond memang tahap dewa punya sejuk . Orang sebela aku dah ambik shawl dia buat selimut . Aku ? ohh, redha je :(
*masa pergi*

*ni lah family yang selalu join*

After beberapa minggu dah balik ni , haa ! Terdengar lagi berita pasal ferry karam . Yang kali ni kat Pulau Sibu , Mersing , Johor . Kat johor tu , fuhhhh ! gentar . Nasib baik tak plan pergi situ . huhu . Ya Allah , banyak sungguh tragedi yang meragut nyawa terhadap penumpang ferry ni . 

*untuk keluarga yang ada relatives terlibat dalam kejadian ferry karam di Mersing ni , saya harap anda semua bersabar . Ini kerja tuhan . * 

***********************************************************************************
p/s : Alhamdulilah , Tuhan masih bagi peluang untuk kami menikmati keindahan ciptaanNYA :)

26 December 2010

Cermin dan Perempuan

Selamat malam semua ! anda kini sedang membaca blog BHC ! (nada sprt pengacara ) haha . Okay , aku ni dilahirkan sebagai seorang budak perempuan or lagi matured sikit WANITA . huhu . So , ada satu tabiat ni yang aku rase kaum-kaum hawa suke untuk melakukannye . Betul tak sygs ??! *kaum hawa SAHAJA ! yess .. hehe And tabiat itu adalah.................................... JENG JENG JENG !

 SUKE MENGAMBIL GAMBAR DIHADAPAN CERMIN!!!!!
*bukan rekaan*


yee , memang tidak dinafikan perempuan sangat suke ambil gambar depan cermin . Hee , ada rasional jugak kiteorang(kaum wanita) suke ambil gambar dekat depan cermin ni . Contoh , kite tak perlu gune khidmat orang ke3 or yang profesional untuk capture gambar kite . Just adjust by hand sendiri dah boleh hasilkan gambar yang menarik bg aku laa . tak gitu ? hehe

Ia bukan sahaja mudah , juga tidak buang masa dari suruh orang amikkan . Nampak nice jer , just CLICK ! keeeeceekikkk ! *effect bunyi flash XD dan dan , terhasilah gambar yang menarik . huhu .

Aku ingatkan member2 seangkatan aku je yang suke amik gambar depan cermin ni , especially dekat toilet . HAHA . Bukan sembarangan toilte ea , toilet tu mesti bersih . yang masuk kene bayar at least 30sen . haaa , mahal kan ?! ahah . duh ! 

oke , mase aku tengah beronggeng dengan member aku kat CS tu , aku asyik keluar masuk toilet kan , seperti mana yang aku ceritakan dekat entry yang lepas . Korang dah baca belum ? grrr . kalau belum , click sini kuatkuat ! Sejuk sgt la dalam cinema tu . serius ! then , aku lari lajulaju pegy masuk toilet tu dan termanggu seketika tatkala ade trip perempuan ni tengah dok posing depan cermin and snap by using CANON DSLR !

Ta nak terkejut pulak , itulah first time aku nampak orang amik gambar dlm toilet gune camera yang superduper cangih and harganya kalau rosak kene air berratus-ratus koet nak ganti . kan kan ? haha , lantak laa , aku mana tawu . aku kalau amik gambar je gune camera samsung yang biasa-biasa je . kalau baling campak laut pon jadik terumbu karang (tipu!) . 

But , cantik la mereka tu . soo , nampak nice la diorang posing . Aku yang nak pose kat situ pon terus segan dengan kecangihan camera mereka nak dibandingkan dengan camera aku ni yang beli satu percuma satu ni . haha . Memang perempuan tak boleh lekang or miss sikit pon kalau nampak cermin . Nafsu dia nak berposing tu , macam tengah dihidangkan Big Apple yang berwarna-warni tu . fuhh , wajib pose ! kalau tak pose tu rase macam satu kerugian ! ye tak ? 

So , jom kite tengok keghairahan[tak ghairah sgt pon] perempuan dicermin (PEACE NO WAR)
*gambar disini bukan rekaan semata-mata , ianya benar dari yang benar-benar belaka :)

cik emma ! see , cermin sisi pon jadik !
dalam kedai pon boleh ! yang penting ada cermin (peace)

*last day skola , hambooi*

haaii , sian ! kawankawan aku jadik mangsa . hee . Peace dear :) Portport biasa tempat nak amik gambar ni korang tawu kan . hee . list down kan la kalau sudi :P

***********************************************************************************
p/s : jangan sampai kene sound pulak dengan cleaner tu nnty . hehe *dah pernah :P

25 December 2010

WHAT ARE YOU DOING !

Semasa menulis entry ni aku tengah geram , geli dan jijik semua bercampur baur dalam kotak fikiran aku . *cehwahh Aku nak luahkan perasaan aku sekarang !! (aniss.. cooll oke , tarik nafas , tahan ... hembuss..) fuhhhhh ... Alhamdulilah lege :)

Okay okay , aku sejak balik dari beronggeng tu dok terpikir apa yang diperkatakan oleh kawan aku ni semasa aku kami sedang berbual di McD ;

emma : woi ! korang tengok cerita ape tadi ?
geyp(cik miera)+aku : AKU MASIH DARA ! HAHA 
emma : pesal korang tengok citer tu ? bla bla bla ...
geyp : aku geli betul la ! bab yang ada private party tu .. 
emma : betulbetul ! tak senonoh en , aku paling tak boleh bla masa yang dia tunjuk pad tu ! giler ta senonoh
aku : betul wey ! aku sebagai seorang wanita rasa segan kot 
geyp : hahah , korang nak tawu ta ? masa ada beberapa adegan yang 18sx tu , budak belakang seat aku main pelukpeluk ! erat wey ! 
aku : woi ! asal kau tak cakap dengan aku ?! boleh aku sergah sekali "KORANG BUAT APE HAA?!"
kami : hahahahhahaha *menimbulkan kekecohan dengan gelak tawa yang  cumil !
abg yusuf ! XD

haa , ni lah situasi yang aku tak berapa nak faham ye buat masa sekarang . Aku tawu la kat dalam cinema tu sejuk dye memang gila gaban tahap dewa punya . kalau ye pon sejuk tak payah la nak berpeluk segala dengan pakwe tu .. HARAM laa . takde separuh haram . haram tetap haram . FAHAM ?! *dialog dlm AMD ea .. tiru . hehe Aku pon sejuk , relax je . Lain kali kalau dah tawu sejuk kan , ape kate bawak selimut ke kan ? nak lagi hangat bawak comfort . haa , kan senang ! 

Nak tawu tak ? yang tengok dalam movie tu bukan umur2 pangkat kite je . budak kecik even orang tua pon ade . Haa , ade seorang uncle and untie tu dok tengok cerita ni , tade pon pelukpeluk erat bagai ! steady je . Haa , diorang lagi halal nak buat apeape kan ? HEHE . 

Aku rasa kan , bende ni memang dah trend laa . Port dalam cinema paling best untuk buat semua adegan yang macam korang tengah tengok filem tu . Masa aku tengok LBS pon sama . haa itu jangan cakap laa. . kissmebiteme pon ade kot . Yelaa , gelap+sejuk tambah2 tengok cerita LBS memang plusplus la setan dok goda mereka tu . hmm *sigh*

Aku bukan ape , rasa stress laa . Ikotkan hati dan nafsuserkah aku ni . nak je jerit WHAT ARE YOU DOING haaa ??!!!!!!!!!!!!! fuhhhh .. rasa lege kot dapat jerit macam tu kan diorang . Macam lege baru lepas tahan kentut . HAHA . Aku takot yang budak budak kecik datang tengok dengan family diorang TERTENGOK ADEGAN lain kat dalam cinema tu . kan bagi impak yang negatif kat diorang . Tak gitu ? 
KOrang BUAT APE ??!!!!!

Soo , aku rasa tak perlu laa . Yela , aku bukan ustazah ke ape ke yang boleh sound diorang tu direct kan . Kalau nak buat tu , ringanringan jela . (aku TAK GALAKKAN LAA!! ) means , pegang-pegang tangan cukup . Yelaa , dah tak tahan sangat sejuk , nak haba la konon ! ngeee . MENCI !

**********************************************************************************
p/s : bende ni memang normal kan ? entah laaa -.-

Dating ;)

Hello ! waahh , dah lme kot tak update BHC ni . haisshh , bukan ape . cuma buntu and takde idea . Almaklum laa , dah nak naik sekolah sibuk dengan macam2 bende kan . betul ta ? *ohh , whatever . 

And hari khamis hari tu , aku pergi dan beronggeng2(bukan bertongeng) dengan tersayang *my frieds oke . hee :)Lama jugak kot . Dr pukul 11pg until 8mlm . ohhh dammm . Pergi berdua je dengan *dia ada blog jugak [click sini]Cik Amiera Wahyunie (for long)  yang lain semua sibuk . nyampah ! oke . 

Port biasa ialah CS(city square) , first sampai yang kami terjah dulu ialah toilet ! HAHA . sejuk gile kot dalam bas maju tu . hmm , betulbetul MAJU ! bab aircond jela . tp dia punya keadaan bas tu gedegang gedegung*effect bunyi macam bunyi orang dok campakcampak besi . hampeh ! bising giler kat belakang tu . screw sume bagai nak tercabut . mengucap je dok dalam tu . haishh ! 

Then , pegy la serbu panggung *oke tipu . beratur dulu , tengok movie ape yang uptodate . Macam semua best and pilihan yang kami buat adakah tidak tepat . you know what , tengok cerita AKU MASIH DARA ! ahah . ape kehal nyer kan ? konon macam nak carik kesedaran laa . hampeh , dalam pangung pon ramai yang buat 'aktiviti' . ingat tengok cerita tu dok p masjid insaf sane but terbalik pulak dah . LAntak korang laa ! asal bahagia ye !! 

Oke , cerita tu tak best ! haha , cume yang penyeri dalam cerita tu yang buat best kot bagi aku :) ABANG YUSUF(Ashraff Muslim) OMG ! OMG ! kacak dey ! suci sangat mukenyer . Masuk night club pakai baju melayu . huwoo ! style tak ? ape kate you all try fashion baru ni pulak *bg yang pergi nightclub xp Then , habes cerita kuar . pergi toilet lagi . SEJUK ! haha and terdengar (kruuukkk krukkk ) that's mean perut dah lapaq . P la pusing2 at CS tu tengok ape yang simple , murah and sedap . So , buat decision pergi la McD . paling senang kot . tapi mak aih! ramai pulak dah . takpe . sabar ..

Tetibe ade pulak slack mase tengah dok enjoy kat sane . Meet with someone yang myebabkan kami punya plan clash ! Sheepp ! Kene tengok wayang lagi sekali . Cerita JANIN pulak . keluar panggung , hmm boleh la cerita tu . Nice nice laa . Sempat berwindow shopping jap , then naik bas p larkin , solat then balik rumah . SETTLE ! 

pssst ! tengok la gambar dibawah ni yer ... hehe :)


kebetulan then lunch together :) McD's feedback form :D
***********************************************************************************
p/s : Sape ade terserampak dengan kami ? hehe -.- *macam popular

21 December 2010

Darah Gemuruh XD

okey , malam ni rase nak share dgn korang la pasal diri aku ni . Kate orang puteh , sharimg is loving . yaa , sebab tu sayang korang semua ;) hehe . Ada satu perkara yang aku rasa korang patut tau is AKU ADA DARAH GEMURUH ! what ?!!! yes ! aku ada ! HAHA

aku pon tak pasti dan tak berapa nak pasti ini satu penyakit ataupon bukan . malah nak discover banyak2 sebab banyak lagi bende yang aku nak buat mase sekarang ni . So , LEt's Starrt !

Time sekolah rendah dulu , Anis Syafiqah(nama aku) merupakan seorang pelajar yang aktif disekolah , bukan shaja dibidang kurikulum malah kokorikulum . *skema la pulak Aku suka mengaktifkan diri untuk masuk ape ape aje event yang diadakan kat sekolah masa tu . Suka kumpul sijil banyak2 . bajet bagus gitu loorrr ...

Dalam bidang kokorikulum ni , macam sukan ataupon event yang berkumpulan , trio mahupan duo . aku tade hal .. cool . maintain jur atas lapangan , balapan mahupun padang . cehhhh ~~ *takbur takbur-.- Kalau ramai-ramai ni seronok , feel je ... riuh riuh , sorak sorak ! soo , takde rase alone tau , berbeza bila aku bertaruh atas nama sendiri dengan kemampuan sendiri

Seperti Pertandingan sajak , bercerita , mahupun berpidato . Semua pertandingan ini perlu dipertaruhkan atas daya usaha sendiri . haa , semua nak kebas masuk . macam takde student lain . *alaa , cikgu yang pilih laaa . hehe. Takde satu pon yang JOHAN .. ohh sheetts !! haha . ggrrrr 

Ni semua berpunca dengan habit or penyakit DARAH GEMURUH ni , before hari pertandingan , peserta macam aku dan lain lain akan pulang lewat dari sekolah untuk berlatih bermati-matian . menghafal . mengayakan topik . serta intonasi yang sesuai dengan bantuan dari cikgu . Punya lah semangat berlatih bermingu-minggu hari yang dinantikan telah TIBA !

Datang , buat pendaftaran , cabut nombor ala ala nombor yang bertuah *selalu harap dapat no last :) , amik seat yang disediakan untuk peserta , duduk dan tenang . Itu lah cara kawan seperjuangan aku buat . mereka normal :) tapi aku ... BUKAN CARA AKU ! lepas cabut nombor tu , aku akan letak beg then keluar dari dewan tu . 

kat luar suasana hingar bingar yang buat aku lagi tak tenteram , dengan secara automatiknya jantung aku akan berdebar2 pada rate yang luar biasa mcm lepas turun naik bangku selama 5minit . darah berderau terus pergi kepala . Dan...................... BLUSSSHHHHHHHHHHH !!!! *bunyi dikepala

AKU BLANK !!

(Peserta seterusnya , Anis Syafiqah binti Sahdon dari Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas dipersilakan mempersembahkan pidato , sajak , cerita or whatever ) *suara dari dalam dewan !!

Dammmm !! apa aku nak buat apa aku nak buat ? pergi tandas ah ! blurrr , blank ! 

ANISSS!!!! cepat !! NAMA AWAK DAH KENE PANGGIL TU (cikgu menjerit!)

*suasana diatas pentas
arh arh ! damm damm ! what should i do ??!

Masuk intro , bebel selaju yang mungkin , tak tengok audience . Bila dah bebel laju laju tu kompem ada yang sangkut kan ? then , mulai dari situ aku akan melangkau terus untuk PENUTUP ! haaa , bila aku dah senyap bebel , foe sure hall tu akan diam membisu so mata mata semua tertumpu kat aku . ADUHH!! aku tak boleh laaa . blank trus !! habis kan penutup ....

Lari lari keluar dewan , then nangis !! HAHA ! poyooo laaaa .....

eh ! same laa mata XD
Macam ni la yang akan berlaku setiap kali aku masuk pertandingan secara perseorangan . and and , aku akan berdarah gemuruh lagi kalau orang yang aku minat tu lalu depan aku ... awww awww ! gedik laaaa !! HEHE

************************************THE END**************************************

p/s : kalau you all sergah aku ! kompem Darah gemuruh . wanna to try ? :P

20 December 2010

Apa itu PISANG ???

Pisang itu ialah sejenis buah-buahan tempatan *takkan binatang kot.. sinonim dengan binatang yang bernama MONKEY atau dalam bahasa kebangsaan kita MONYET :) 

Ia terdiri dari kumpulan deitary fibre atau serat . kata orang , kalau banyak makan pisang senang nak berak . yes! aku berterus terang .. -.- 

Pisang mempunyai tenaga atau energy yang tinggi , pisang seringkali menjadi makanan tambahan bagi pemain tennis . *sebab tu aku selalu nampak diorang makan pisang (nyum nyum ) bile time break :)
Pisang boleh menurunkan tekanan darah , mengelakkan constipation atau sembelit dan membantu pertumbuhan otot . *sape nak ade otot banyak , sila la makan pisang :D(kaum adam terutamanya ni )

Haa , info terkini yang baru aku tahu ialah kulit pisang boleh menghilangkan tanda gigitan nyamuk dengan menyapu kulit pisang tu dekat tempat kita kene gigit nyamuk . woo , nice . tak payah bazir duit aku beli vicks .. hehe

Cara aku makan pisang :

baru beli , besar.... nie kejap je lesap
copet satu !! hehe
aku akan belah pisang ni kepada TIGA BAHAGIAN :)
satu bahagian dah pendek , SEBAB DAH MAKAN *nyum nyum
nie lah cara dan gaya ku ... hehe . u'all aku rase ade jugak yang makan macam ni kan ?? hehe . makan satu satu part tu lagi masyuukk ! dapat feel ... heaven ;) then dapat lebih lama rasa keenakan pisang tu dari makan sekaligus . tak gitu ?? 

p/s : majulah buah buah tempatan untuk negara !! :P

19 December 2010

Bende or Perkara yang aku tak suka (PART 1)

  1. Aku tak suke kene gigit nyamuk ! sebab nyamuk tu akan tinggalkan bekas bintat yang merah ! dan sangat gatal . 
  2. Tak suke dengan pembakaran terbuka , macam jiran jiran aku bakar sampah then asap dia masuk rumah ! macam aku nak maki maki je .. sabar jelaa !
  3. Aku tak suke nampak anjing ! sebab akan automatiknye jantung aku berdegup kencang , sekencang kilat . cewaahh ~ heheh
  4. benci dengan bau ubat nyamuk yang lingkaran tu , nanty kalau gune baunye lekat kat pakaian !
  5. benci dengan habuk dan debu , ianya akan buat aku bersin dengan kadar berterusan ! duh ! *tapi aku tetap sapu rumah laa :)
  6. tak suka bila ada orang amik port aku ! haha , berani la kalau buat , nak kene bebel percuma dengan aku
  7. tak suka orang yang suke jaga tepi kain orang lain , sedangkan kain sendri tak terjaga ..
  8. tak suka makan petai sekarang sebab baru aku perasaan petai tu tinggalkan bau yang busyuk !
  9. tak suke dengan anak patung ! sebab aku rasa doll tu akan hidup bila tengah2 malam . hehe
  10. tak suke bilik air yang berada diluar rumah , esp bila aku kat kampung . aku akan suruh adik aku teman . *jujur -.-
  11. tak suke jiran yang sellfish gile gile kentang , bela kucing then kucing tu berak kat halaman rumah aku ! memang kene m*** dengan aku ! ada gati nak bela haiwan banyak2 ! ggrrr
  12. tak suka teman puan mama atau tuan abah pergi kebun atok untuk kutip segala buah buahan yang ada !
  13. tak suke makan kulit ayam ! euuuwww !! yeeekkk !!!
  14. tak suke jalan sebelah orang orang yang tinggi . sebab aku rendah !! lagi lagi kalau kat shopping complex ! ggrrr
  15. tak suke bila aku tengah focus nak belajar or tengah buat something , ada member datang then jerit kuatkuat kat telinga ! SENTAP BEB ! BOLEH MATI gua ! ahah .

p/s : sampai sini jela aku tulis , banyak banyak kang you all bosan . kan kan ? HAHA